SEJARAH SEKOLAH SK DARAT BATU RAKIT
PENGASAS SEKOLAH
Pengasas sekolah SK.Darat Batu Rakit ialah Wan Arif bin............................selaku................................. Memandangkan murid-murid di Kampung Darat Batu Rakit terpaksa bersekolah di SK.Batu Rakit(pantai) dan terpaksa berjalan kaki
sejauh 2 kilometer.Untuk menyelesai masalah ini Wan Arif bertemu YB.wakil rakyat ................................untuk memohon pembinaan sekolah darat Batu Rakit .pada tahun 1982.Alhamdulilah permohonan itu telah di luluskan.Pembinaan sekolah bermula di atas pinggir bukit yang berkeluasan 3.64 hektar .yang mempunyai kebun getah dan kelapa milik orang kampung.Kerajaan membayar pampasan dan terbinalah sekolah.
Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit atau singkatannya SK DABARA, merupakan salah satu sekolah di daerah Kuala Terengganu, kira-kira 25 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Sekolah ini mula dibuka pada 1hb Januari 1985 pada hari Selasa, yang mempunyai keluasan 3.64 hektar dan terletak dipinggir bukit dengan hanya memiliki dua buah bangunan termasuk kantin.PENGASAS SEKOLAH
Pengasas sekolah SK.Darat Batu Rakit ialah Wan Arif bin............................selaku................................. Memandangkan murid-murid di Kampung Darat Batu Rakit terpaksa bersekolah di SK.Batu Rakit(pantai) dan terpaksa berjalan kaki
sejauh 2 kilometer.Untuk menyelesai masalah ini Wan Arif bertemu YB.wakil rakyat ................................untuk memohon pembinaan sekolah darat Batu Rakit .pada tahun 1982.Alhamdulilah permohonan itu telah di luluskan.Pembinaan sekolah bermula di atas pinggir bukit yang berkeluasan 3.64 hektar .yang mempunyai kebun getah dan kelapa milik orang kampung.Kerajaan membayar pampasan dan terbinalah sekolah.
Pengambilan pelajar-pelajar sulung seramai 170 orang telah dibimbing oleh 8 orang guru dengan diketuai oleh Tuan Haji Hussain b. Muhammad selaku Guru Besar dan 2 orang pekerja am.
Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada penduduk sekitar berhampiran iaitu Kampung Darat Batu Rakit, Kampung Wakaf Chagak, kampung Pandu dan Kampung Kubur Timah. Pertambahan pelajar agak ketara menjelang tahun 1987 iaitu seramai 216 orang. Padan tahun ini juga pertukaran guru besar telah berlaku di mana Tuan Haji Muda@Yussof b. Mohamad telah hadir menggantikan Tuan Haji Hussain b. Muhammad.
Menjelang Tahun 1991 pihak sekolah telah mendapat peruntukan bangunan tambahan iaitu blok B hasil projek kilat bagi menampung pertambahan pelajar yang berjumlah 224 orang. Selain itu, dengan hasil usahah Persatuan Ibu Bapa dan guru, Pihak sekolah seklai lagi telah memperoleh peruntukan sebanyak RM25,000 dari Menteri besar untuk pembinaan sebuah surau,manakala diakhir tahun pula rezeki sekolah bertambah apabila peruntukan diberikan bagi membina bangunan pra sekolah. Pada 5 Januari 1992 bermulalah pra sekolah dengan pelajar seramai 28 orang dibawah bimbingan En.Ahamad nasri b. baharom dan seorang pembantu iaitu Cik Norhayati bt Mat Rani. Setahun kemudian, sebuah bangunan dua tingkat iaitu blok C telah ditambah bagi menempatkan sebuah bilik Perpustakaan,Makmal Sains, bilik Kemahiran Hidup dan beberapa buah kelas.
Sesungguhnya patah tumbuh, hilang berganti. Pertukaran Tuan Haji Muda ke Sekolah Teluk Pasu telah diganti oleh Encik Ibrahim b. Mohamad pada 1 Mei 1995. Encik Ibrahim telah menerajuai pentadbiran sekolah DABARA hampir 4 tahun. Beliau kemudiannya bersara dan tempatnya telah diganti oleh Tuan Haji Ab.hamid b Chik.
Puan Hajah Azizah bt Omar merupakan satu-satunya guru besar perempuan yang telah bertugas di sekolah ini menggantikan Tuan Haji Ab Hamid yang bersara pada November 2002. Perkhidmatan beliau di sekolah ini hanya bertahan selama setahun tujuh bulan apabila Sekolah beliau kemudiannya ditukarkan ke SK Bukit Petiti pada Julai 2004. pada tahun ini juga sekolah DABARA telah mendapat sebuah bangunan makmal komputer.
Pemergian Puan Hjh. Azizah ke SK Bukit Petiti telah digantikan oleh En.Rosdi b Jusoh dari SK Bukit Gemuruh. semasa pentadbiran beliau, satu perubahan dalam unit kurikulum sekolah rendah telah berlaku di mana pendidikan j-Qaf telah diperkenalkan iaitu pada tahun 1997 yang bertujuan untuk mendidikan pelajar supaya celik Jawi dan Al-Quran. Kini, SK DABARA masih terus di terajuai oleh Encik Rosdi b. jusoh dan diharapkan semoga sekolah ini akan terus maju di bawah moto iaitu
"KECEMERLANGAN HARI ESOK BERMULA HARI INI"
Senarai Guru Besar Yang Pernah Berkhidmat
Tuan Haji Hussein bin Mohamad .........1985-1987
Tuan Haji Muda bin Mohamad..............1987-1995
En.Ibrahim bin Mohamad .....................1995-2000
Tuan Haji Hamid bin Chik .....................2000-2002
En.Mohamad bin Zit (Memangku) ........2002-2002
Pn.Hajjah Azizah binti Omar................ 2002-2004
En.Rosdi bin Jusoh ..............................2004 - 2011
Pn.Hjh.Zaharah binti Abdullah............. 2011-2012
En.Aslai bin Abd Rahman.................... 2012 - 2015
En. Zulkifli bin Daud ............................ 2015 - 2016
En.ABD Aziz bin Dreaman....................2016 - 2017
En.Mohd Rashid bin Long.....................2017 - 2017
En.Mohd Fadli bin Sidik.........................2017..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan